Masa Ciptaan Tuhan
Masa Ciptaan Tuhan
Tuhan menjadikan masa
Tapi Tuhan tidak terlibat dengan masa
Kerana itulah Dia tidak didahului oleh masa
Wujudnya sudah sedia ada
Sedangkan masa ada permulaannya
Adanya tidak bermula dan tidak ada penghujungnya atau kesudahannya
Pada Tuhan masa yang dilalui oleh makhluk-Nya walaupun tahu ada dahulu ada kemudian
Tuhan tidak menempuh dahulu dan kemudian
Walaupun Tuhan tahu dahulu dan kemudian
Kerana wujudnya Tuhan sudah sedia ada
Tanpa melibatkan masa
Kerana masa adalah ciptaan-Nya
Kerana Tuhan tidak terlibat dengan masa
Menunggu dan susahnya menunggu adalah sifat makhluk
Tuhan Maha Suci dari merasa menunggu
Tuhan dahulu dan kemudian sama sahaja
Tidak ada bezanya di antara dua masa
Walaupun Dia tahu masa dahulu dan masa kemudian
Tuhan tidak merasa dahulu dan kemudian walaupun Dia tahu
Kerana Dia tidak berada di dalam masa
Oleh itu Tuhan tidak terasa dan adanya cepat dan lambat
Walaupun Tuhan tahu kedua-duanya
Kerana cepat dan lambat ia tertakluk dengan masa
Tuhan tidak tertakluk dengan masa
Yang tertakluk dengan masa adalah makhluk-Nya
Maha suci Tuhan ditelan masa
21.8.99
Selepas Asar dan Isyak
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 830 reads
Post new comment