Maruahnya Sudah Rosak
Maruahnya Sudah Rosak
Ingatlah adakalanya orang suka kita bukan kerana kebenaran
Mereka tahu kemasyuran kita bukan jalan yang benar
Tapi orang yang sudah jahat mendapat memuaskan nafsunya
Seperti orang mendedahkan aurat menari-nari dengan ghairahnya
Orang tidak sedarkan diri menyangka orang minat kepadanya kerana kebenaran
Diapun lupa daratan makin tidak sedarkan diri
Padahal orang ramai yang maruahnya rosak, dapat memuaskan nafsu jahatnya
Jadi tidak mesti banyak peminat orang hormat
Seorang perempuan yang cantik bergaul bebas memang banyak peminat
Banyak peminat bukan mesti orang hormat tapi mata dapat menjamu selera
Kalau kita tanya para peminat engkau percaya orang itu?
Dia akan berkata saya tidak percaya tapi saya dapat berseronok dengannya
Yang punya diri mukanya selalu di dalam media massa
Dia lihat ramai peminat di seluruh negara
Dia bangga dia seorang wira dan super
Dia lupa orang hanya seronok sahaja tapi tidak hormat dan percaya
Kalau yang punya diri sedar hakikatnya
Dia akan sangat malu bahkan lari membawa diri
Dia sedar dirinya telah dijadikan bahan oleh orang-orang yang gila nafsu
Maruah kita telah dirobek, rupanya orang hanya minat bukan hormat
Menjelang tidur, 16/12/02
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 797 reads
Post new comment