Manusia Wira
Manusia Wira
Siapakah manusia wira siapakah manusia luarbiasa?!
Apakah manusia yang pandai? Yang kaya dengan harta?
Mereka yang berkuasa? Mereka yang handal?
Manusia luarbiasa yang membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya
Paling tidak dia doakan kebaikan mereka
Dia bersalah meminta maaf segera
Kekayaan yang diperolehi diagih-agih kepada manusia, pemurah namanya
Terutama fakir miskin dan membayarkan hutang mereka
Tamak tidak ada di dalam kamus hidupnya
Kasih sayang terserlah kepada sesiapa sahaja
Pemaafnya tak usah dikira adalah amalannya
Boleh menahan marah atau disembunyikannya
Tawadhuknya jadi budaya
Lemah lembutnya basahan hidupnya
Tidak tahu hasad dengki, tidak pernah menghina
Sangat simpati dengan orang susah
Penderitaan orang lain dia terasa bersalah
Kesenangan orang lain dia tumpang gembira
Inilah dia manusia wira atau luarbiasa
Tapi tidak pernah dia diberi pingat oleh sesiapa
10.10.2002 – 5
Selepas Isyak
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 871 reads
Post new comment