Manusia Tidak Sedar Perangai Merekalah Hidup Tidak Harmoni
Manusia tidak sedar perangai merekalah hidup tidak harmoni
Telah menjadi fitrah semulajadi manusia
Tidak kira apa bangsa dan etniknya
Ingin dikasihi, dihormati dan bersatu-padu serta hidup harmoni
Tapi kebanyakan mereka menyumbang kepada orang lain membencinya
Sedar atau tidak, tabiat mereka banyak yang membawa kepada pecah-belah
Sikap manusia banyak yang membawa mementingkan diri sendiri
Tamak, bakhil, hasad, sombong, ingin nama dan glamour
Ia adalah sebahagian penyakit yang membawa benci-membenci, renggang-merenggang dan berpecah-belah
Akibat daripada mazmumah-mazmumah itu fitrah semulajadi manusia tidak terisi
Keinginan bersama selalu sahaja tidak sampai matlamatnya
Apa yang tidak dikehendaki bersama itulah yang terjadi
Yang dikehendaki bersama oleh manusia tidak terjadi
Hiduplah manusia di dalam kemajuan tapi di dalam ketakutan
Ada setengah orang dia senang tapi di dalam kebimbangan
Manusia makin pandai tapi tidak ada kebebasan
Kerana tidak semua tempat berada di dalam keselamatan
Sekalipun tidak ada undang-undang menyekat untuk ke sana
Tapi diri manusia sendiri yang membataskan
Kerana takut di tempat itu banyaknya jenayah
Begitulah kehidupan manusia sentiasa di dalam ketakutan
Oleh perbuatan mereka sendiri
Yang adakalanya mereka tidak sedar perangai mereka menyumbang kepada hidup tidak harmoni
18.7.2001 - 1
10.50 malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 837 reads
Post new comment