Manusia Prejudis Sesamanya
Manusia Prejudis Sesamanya
Kerana lumrah kebanyakan jiwa manusia telah rosak
Maka ramai pula manusia telah menjadi prejudis dengan manusia
Satu sama lain sudah tidak percaya-mempercayai
Isteri prejudis dengan suami, suami juga prejudis dengan isteri
Kenalan dengan kenalan berlaku juga prejudis ini
Kenalan sekampung atau kenalan setempat kerja
Satu sama lain tidak percaya-mempercayai
Tetamu yang datang pun dicurigai
Tuan rumah juga dicurigai oleh tetamunya
Majikan tidak percaya dengan buruhnya
Buruh juga tidak yakin dengan majikannya
Pengarah tidak percaya dengan orang bawahan
Orang bawahan tidak percaya dengan pengarahnya
Apatah lagilah jika bertemu dengan orang yang tidak dikenali
Lebih-lebih lagilah satu sama lain bimbang-membimbangi
Suspect sahaja bertemu orang
Begitulah berlaku di dalam masyarakat manusia hari ini
Manusia sesama manusia telah menghantui fikirannya
Manusia sesama sendiri telah seksa jiwanya
Tidak bergaul tidak boleh hidup
Kerana manusia satu sama lain perlu-memerlukan
Tapi apabila bertemu masing-masing terseksa
Curiga-mencurigai menghantui manusia
Begitulah bila sudah ramai di kalangan manusia rosak jiwanya
Bertemu sesama manusia tidak terasa bahagia
Tapi apa boleh buat, bertemu itu terpaksa juga
Mana manusia boleh hidup tanpa bertemu sesamanya
Lepas Isyak
3.10.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 903 reads
Post new comment