Manusia Lupa Yang Maha Kuasa
Manusia lupa yang Maha Kuasa
Manusia apabila ada kuasa, lupa yang Maha Kuasa
Seolah-olah dia mampu membahagiakan dirinya
Adakalanya orang yang berilmu tinggi merasa diri luar biasa
Dia merasakan akan bahagia sepanjang masa
Tidak kurang pula orang yang kaya, wah sombongnya
Merasa diri istimewa
Orang-orang lain hina belaka
Betulkah kita ada kuasa?! Betulkah kita istimewa?! Betulkah kita luar biasa?!
Mampukah kita membendung isteri tidak derhaka dengan kita?!
Mampukah kita menundukkan anak mendengar kata, taat dan setia
Apakah kita memburu sakit atau sakit memburu kita
Ertinya adakah kuasa mengelak sakit?!
Dapatkah kita membendung rakyat jangan derhaka
Tidak mengata dan tidak menghina kita di belakang kita
Apabila berlaku bencana alam dapatkah mengelak diri daripadanya?!
Kita orang istimewa tidak pernah kena
Yang kena orang miskin dan papa, yang tidak ada kuasa dan yang bodoh-bodoh sahaja
Bencana alam tidak kenal siapa
Dia tidak memilih bulu, orang istimewa kena juga
Baru kita tahu kuasa mutlak di tangan Tuhan yang Maha Kuasa
Kita adalah hamba yang tiada kuasa
Yang hina-dina memerlukan Tuhan sepanjang masa
5.8.2001
Menjelang Tidur - 1
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 978 reads
Post new comment