Maha Kuasa Allah
MAHA KUASA ALLAH
19.11.2002 – 1
Waktu Dhuha
Maha Kuasa Allah, itulah di antara kehebatan-Nya
Bila Dia berkehendak dengan kuasa-Nya dia bertindak
tiada siapa yang boleh menghalang-Nya
Beberapa banyak korporat-korporat besar dibankerapkan-Nya,
menjadi muflis yang memalukan
Berapa ramai pemimpin besar terkenal dijatuhkan,
Tuhan tidak peduli
Tuhan juga bertindak beberapa ramai ilmiawan terkenal,
diserang dengan barah
Tuhan tidak peduli engkau terkenal, atau profesor
Tidak kurang juga diserang dengan angin ahmar, peduli apa
Begitulah kalau Tuhan bertindak, tidak kira siapa
Sering Tuhan lakukan orang yang rendah
dipandang hina, dimuliakan
Hingga dia dihormati dan dikenali
Dia disukai, disayangi, dikenang jasanya
Pada Tuhan mudah sahaja,
Tuhan boleh buat apa sahaja
Beberapa ramai pula orang yang miskin, menjadi kaya
Dia menjadi pemurah,
kekayaannya ramai orang yang merasa
Jasanya dikenang, walaupun dia tidak meminta
Pada Tuhan boleh buat apa sahaja,
apa orang nak kata
Oleh itu takutilah Allah, Tuhan kita
Tuhan boleh buat apa sahaja kepada kita
Tuhan boleh menjatuhkan, dan boleh menaikkan
Tuhan boleh memuliakan dan boleh mengkayakan,
takutilah Tuhan
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 864 reads
Post new comment