Krisis Poligami 2
Krisis Poligami 2
Ada orang menuduh rumahtangga porak-poranda, poligamilah puncanya
Kerana itulah aku benci dengan poligami yang diamalkan manusia
Orang ini sebenarnya hendak menutup kelemahan dirinya
Juga orang yang jahil fakta dan ada yang terjadi di dalam masyarakatnya
Padahal apa yang berlaku rumahtangga porak-poranda isteri satu sahaja
Ada golongan cerai kahwin, cerai kahwin, anak porak-poranda pun isteri satu juga
Bahkan golongan yang mewah pun isteri satu keluarga tidak bahagia
Itulah orang tidak kenal penyakit dan tidak kenal ubatnya
Ada golongan berpoligami bahkan digalakkan keluarga bahagia
Boleh berkasih-sayang, berkerjasama sesama mereka
Suami disayangi, isteri mengikut kata, anak-anak berkerjasama
Mereka lebih bahagia daripada keluarga yang isteri satu sahaja
Kalau kita tidak setuju dengan poligami, jangan salahkan poligami
Katakan sahaja kita belum bersedia atau aku belum bersedia
Minta ampun sahaja kepada Tuhan itu lebih lebih baik daripada menyanggahnya
Yang sebenarnya kepentingan peribadilah punca porak-poranda
Kalau cintakan Allah buat apa pun tidak ada masalah
Poligamikah, berkorbankah, berjuangkah, bersedekahkah boleh aja
Orang yang cintakan diri bukan sahaja poligami ada masalah
Banyak hukum Allah yang mereka tidak suka bahkan menyanggah
7.40 pagi
11/12/02
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 904 reads
Post new comment