Krisis Dunia
Krisis Dunia
Berbagai-bagai krisis berlaku di dalam negara dan negeri di seluruh dunia
sudah pasti setiap hari terjadi
Krisis politik berita di dalam suratkhabar setiap hari
Di antara parti dengan parti, krisis di dalam parti
Terutama menjelang pilihanraya di dalam parti, kerana hendak merebut kepimpinannya di dalam parti di dalam negara dan negeri
Dari kepimpinan dalam parti akan meneraju negara dan negeri
Krisis di dalam pemerintah juga berlaku
Di antara pegawai-pegawai kerajaan dengan orang-orang politik yang berkuasa
di dalam negara dan negeri
Tapi tidak begitu ketara kerana pegawai-pegawai kerajaan membuat senyap-senyap maklumlah orang politik bagi gaji
Ia berlaku macam api di dalam sekam, api tidak nampak tapi asapnya ketara
Kalau kita rapat dengan pegawai-pegawai kerajaan barulah kita mengerti memang terjadi
Tidak kurang juga krisis pendidikan di antara murid-murid dengan guru-guru
Akhirnya krisis itu terlibat ibu bapa
Maka berlakulah di dalam pendidikan krisis tiga segi
Ibu bapa, murid-murid dan guru-guru
Belum lagi kita katakan krisis ekonomi
Ia berlaku juga di dalam negara dan negeri
Tapi ia terjadi tidak begitu ketara kecuali orang yang cerdik pandai sahaja
Kalau kita rapat dengan ahli-ahli perniagaan baru kita dapat cerita
Atau pegawai tadbir senyap-senyap memberitahu ekonomi membimbangkan
di dalam negeri dan negara
Tapi dari pihak negara pula cuba ditutup-tutup, dicerita tentang yang molek-molek sahaja
Di dalam masjid pun berlaku krisis kerana hendak merebut jawatankuasa untuk berkuasa
Berbalah-balah, kata-mengata, ada juga yang bergaduh dan bermasam-masam muka
Rupanya di rumah Allah pun berlaku krisis, punya tidak beradabnya
penghuni-penghuninya
Sungguh merisaukan kita krisis berlaku di mana-mana
Menunjukkan kasih sayang dan perpaduan sudah tidak ada
Bahkan para ulama pun berkrisis juga di antara ulama kerajaan dengan ulama swasta
Ulama kerajaan mengguna kuasa orang yang berkuasa dan menggunakan fatwa
yang dikuatkuasa oleh negara
Ulama swasta menuduh mereka alat orang yang berkuasa
Orang yang menjadikan bahasa perjuangan hidupnya pun krisis juga
Marah kalau ada golongan yang merosakkan bahasa ibunda
Seolah-olah salah menggunakan bahasa macam bersalah di bidang agama
Begitulah dahsyatnya krisis berlaku di dalam negeri dan negara
Krisis yang dilakukan oleh orang cerdik pandai di dalam negara
Semua golongan berkrisis, kalau rumahtangga jangan cerita, krisis sudah jadi budaya
Mengapa jadi krisis?
Mengapa penyelesaiannya tidak ada?
Mengapa krisis berlarut-larutan sahaja?
Jawabnya senang sahaja Tuhan sudah tidak diambil kira
Peranan Tuhan seolah-olah tidak ada
Tuhan sekadar percaya Dia ada
Tapi bukan tempat rujuk manusia
Kalau begitu manusia sudah menuhankan dirinya tanpa disedarinya
Itulah punca krisis sebenarnya
25.7.2004 – 1
Menjelang Asar
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1455 reads
Post new comment