Kesilapan Bertawakal
Kesilapan Bertawakal
Orang yang percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan, Tuhan tidak ada erti apa-apa kepadanya
Tuhan bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dan bersandar dengan apa sahaja yang menjadi harapannya
Ada yang bertawakkal dengan kerajaan
Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa
Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya
Ada juga yang bertawakal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya
Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya
Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa
Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya
17.10.2002 – 1
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 823 reads
Post new comment