Kerja Sia Sia
Kerja Sia-Sia
Pemimpin sekular berfikiran memang teruk
Walaupun dia sihat, tapi macam orang gila
Kalau tidak sihat bagaimana agaknya?
Tentu dua kali gila
Adakah disuruh seluruh rakyat meniru orang yang membuat kerja yang sia-sia
Faedah agama pun tiada, faedah dunia pun tiada juga
Menjelajah lautan bukan buat kerja agama
Untuk menjadi wira agama dan bangsa
Membawa intan berlian kemegahan orang dunia pun tiada
Untuk menjadi wira bangsa
Yang sudah pasti hanya menghabiskan duit negara
Di dalam Islam, meng-Islamkan satu orang nilainya tiada taranya
Macam korbankan emas sebesar Gunung Uhud untuk Tuhan
Kalaupun nak jadi wira bangsa, dapat menawan negara
Atau membawa balik timbunan emas dan mutiara yang sangat berharga
Boleh tahan juga
Ini seorang yang membuat kerja dunia pun tidak, kerja Akhirat pun tidak
Kemudian dianggap wira
Disambut kepulangannya oleh pemimpin negara
Dipuji dipuja hingga meluat orang mendengarnya
Ajak rakyat ikut semangatnya
Apa sudah jadi kepada pemimpin kita?
Sudah nyanyukkah dia?
Apakah orang macam ini dianggap wira bangsa?
Atau wira agama
Kita sangat malu wira yang bukan wira dianggap wira bangsa
Saya rasa ini satu petanda
Pemimpin kita sudah penghujung kuasanya
Selepas itu dia akan terhina
Atau dilupakan orang jasanya
Selepas Zuhur
17.8.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 950 reads
Post new comment