Kerja Pejuang Islam
Kerja Pejuang Islam
Berjuang ertinya mengajak orang mengenal Allah sebagai Tuhan
Kemudian mengajak agar akui Allah adalah Tuhan yang wajib disembah
Ertinya mengajak orang masuk Islam
Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyuburkan dan meningkatkan Islamnya
Inilah kerja yang sepatutnya dibuat oleh pejuang-pejuang Islam
Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan
Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa
Berjuang bukan ajak orang masuk politik
Tidak juga untuk menyokong kita menjadi pemimpin
Datuk nenek kita dahulu masuk Islam bukan kerana masuk politik
Bukan juga kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin
Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan Tuhan itu adalah Allah
Tuhan itu wajib disembah, dicintai dan ditakuti
Menjunjung suruhan dan larangan-Nya
Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup
Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam
Kita hanya sambung sahaja kemudian memperjuangkannya
Bukan datuk nenek kita terima Islam kerana politik
Atau kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin
Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan matlamat perjuangannya
Bukan ajak orang masuk Islam
Tidak juga mengajak umat Islam meningkatkan Islamnya
Tapi ajak orang masuk partinya
Paling tidak mengajak orang ramai menyokong partinya
Ini satu kesilapan yang paling besar di dalam perjuangan
Satu penyelewengan telah berlaku di dalam perjuangan
Menjelang tidur
24.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 945 reads
Post new comment