Kerana Cintakan Kehidupan Dunia Tolak Tuhan
Kerana Cintakan Kehidupan Dunia Tolak Tuhan
Di dalam kehidupan di dunia sangat banyak yang diperlukan oleh manusia
Keperluan itu ada yang pertama dan utama
Ada yang penting dan ada yang sampingan
Keperluan yang pertama dan utama adalah Allah Taala pencipta alam yang Maha Esa dan Maha Berkuasa
Kerana Dia adalah segala-galanya
Kemudian yang penting agar hidup berdisiplin adalah syariat Tuhan
Itulah jalan menuju Tuhan, iaitu jalan keredhaan-Nya
Keperluan sampingan adalah makan, minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan
Kemudian perempuan sebagai isteri atau laki-laki sebagai suami
Agar dapat berhibur dan bertolong bantu di dalam kehidupan
Apabila kita dapat yang pertama dan utama, kemudian yang penting
Di situlah kehidupan dan ketenangan hidup
Yang lainnya hanya setakat tambahan sahaja atau tambahan semata-mata atau sampingan
Tapi oleh kerana manusia ramai yang buta hati walaupun celik mata
Kerana cinta makan, minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, tolak Tuhan
Lantaran perempuan tinggalkan Tuhan Rabbul 'Alamin
Inginkan kebebasan tolak syariat Tuhan pentadbir alam
Akhirnya apa sudah jadi?
Atau apa kesudahannya?
Manusia hidup porak-peranda sekalipun kaya dan berkuasa
Apatah lagi yang miskin menderita dan sengsara lagi terhina
Kembalilah kepada Tuhan, syariat jadikan jalan kehidupan
Di situlah rahsia kebahagiaan dan ketenangan
Mendapat pula keredhaan Tuhan
Di Akhirat selamat pula daripada api Neraka
26.8.2001
Menjelang Tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 826 reads
Post new comment