Kenalilah Tuhan
Kenalilah Tuhan
Orang yang kenal Tuhan atas dasar ilmu dinamakan Al ‘Alimbillah
Mereka percaya bahawa Tuhan itu wujud tidak boleh ditolak
Ilmu tidak membenarkannya menolak dan menidakkannya
Atas dasar ilmu, akal tidak boleh menerima bahawa Tuhan tidak ada
Mengenal Tuhan begini, rasa bertuhan tidak ada
Takut dengan Tuhan tidak terasa
Cinta dengan Tuhan lebih-lebih lagilah tidak akan wujud padanya
Rasa bertuhan hendaklah jiwa atau hati merasanya
Dengan itu barulah datang rasa takut, cinta, hebat, malu, dan lain-lainnya
Orang yang rasa bertuhan sahaja yang boleh menjaga dirinya
Yang boleh taat dan patuh suruhan-Nya dan larangan-Nya
Yang merasa kebesaran-Nya
Yang menyanjung, memuja, dan menjadikan idolanya
Mengenal Tuhan dengan hati inilah yang dikatakan Al ‘Arifbillah
Mengetahui dengan akal, mengenal dengan hati
Jangan tahu sahaja adanya Tuhan, tapi tidak mengenal
Tahu sahaja tidak akan dapat cinta
Cinta datang setelah mengenal
Tahu sahaja tidak akan timbul takut
Takut datang setelah mengenal
Kenalilah Tuhan agar engkau cinta dan takut kepada-Nya
Lepas Zuhur
3.10.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1611 reads
Post new comment