Kekalkan Rasa Hamba
Kekalkan Rasa Hamba
Orang yang tidak merasa bersalah
dengan dosa, celaka,
orang yang merasa aman dengan kebaikan, binasa
orang yang berbangga dengan dosa sejahat-jahat manusia
orang yang berbangga dengan ketaatan di anggap derhaka,
orang binasa dengan dosanya
Ada orang selamat dengan dosa
bila menderita kerananya,
selalu meminta ampun kepada Tuhannya
Ada orang binasa dengan amal soleh
Yang tiada lagi merasa berdosa,
Ada orang yang selamat dengan amal soleh
tapi merasa dia orang jahat yang tiada berguna
Setiap amal ibadah yang dibuat
Tidak merasa lagi kehambaan yang hina
Tiada berguna lagi ibadahnya
Allah mahu setiap orang merasa hina,
rasa berdosa selalu,
sekalipun tidak melakukannya,
betapa membuatnya,
Tuhan mahu setiap orang melupakan
amal ibadahnya,
Justeru amal ibadah belum tentu diterima,
Lebih-lebih lagi amal ibadah itu Tuhan punya,
ciptaanNya, anugerahNya kepada hambaNya,
yang perlu diingat adalah segala dosa,
Setiap dosa sekalipun kecil Allah murka,
Jika tidak diampunkannya,
neraka lah padahnya,
merendah dirilah kepadanya,
sematkan rasa takut di dalam jiwa
Ia adalah sifat hamba
rasa itu kekalkan selalu
ia akan mensyafaatkan kita.
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1698 reads
Post new comment