Kebesaran Allah Di Musim Haji
Kebesaran Allah Di Musim Haji
Kebesaran Allah sangat dapat dilihat di musim haji
Di sudut dan di aspek yang mana saja, dapat dilihat keagungan-Nya
Kerana panggilannya, manusia berduyun-duyun menuju ke sana
Semua bangsa, bermacam-macam bahasa dan warna kulitnya
Bersusah payah mereka datang dari jauh di pelosok dunia
Meninggalkan kampung halaman dan juga sanak saudara
Korban harta, korban tenaga dan masa
Kalau panggilan manusia tidak akan berlaku sebegitu rupa
Mereka melaksanakan satu niat, satu perbuatan, satu ucapan
Berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah bayangan Padang Mahsyar
Mengelilingi Kaabah, sembahyang jemaah, rukuk sujud rentak yang sama
Memuji Allah dengan takbir dan tahmid serta tasbih dan doa
Di waktu itu tidak dikenal mana rakyat mana raja
Mana yang jahil mana yang alim
Mana yang miskin mana yang kaya
Tidak mempeduli satu sama lain kecuali menuju Tuhan yang Esa
Masing-masing membakar diri, masing-masing buat kerja sendiri
Tidak akan ada mana-mana dunia suasana yang sebegini rupa
Segala etnik yang berbagai-bagai bahasa dan warna kulit berkumpul di sana
Setiap orang mewakili negara mereka
Kalau bukan kerana Allah dan kuasa-Nya mereka tidak akan datang ke sana
1996
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 903 reads
Post new comment