Kebangkitan Akhir Zaman
Kebangkitan Akhir Zaman
Aku hairan dan sedih sikap ulama
Terutama ulama Melayu Malaysia
Mengapa tidak membuat kajian, bahawa di akhir zaman Melayu akan jadi empayar melalui Islam
Memberitahu orang Melayu Islam agar berjuang ke arah itu
Dengan membawa 5 prinsip, Tuhan, pemimpin, ajaran, jemaah, sistem sebagai pengisian
Padahal Yahudi tahu kerana membuat kajian
Bahawa kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman di timur khususnya Malaysia
Kerana itulah mereka bersama Amerika membuat berbagai-bagai percubaan menghalang kebangkitan
Dengan berbagai-bagai cara dan berbagai-bagai saluran
Percubaan mereka itu gagal demi gagal kerana janji Tuhan
Kalau bukan janji Tuhan kita sudah jadi Iraq dan Afghanistan
Kalau ulama Islam faham kebangkitan Islam kali kedua di Malaysia
Mereka faham bagaimana berjuang ke arah janji Tuhan
Sudah tentu merekalah yang menjadi orang ulama tunjuk ajar dan memberi panduan
Tapi hari ini kalau orang bertanya tentang kebangkitan Islam akhir zaman
Hingga hari ini tidak ada jawapan
Jika ada jawapan tidak jelas dan tidak ada ketegasan
Umat Islam tidak boleh jadikan pegangan bagaimana berjuang
Di sinilah lemahnya ulama akhir zaman
Sepatutnya kebangkitan Islam kali kedua mereka faham
Sepatutnya mereka telah membuat kajian
Takkan perjuangan Islam akhir zaman tidak ada panduan
Tidak munasabah Tuhan tidak memberi panduan
Kalau dibuat kajian mesti nampak jalan
Mesti ada guide line dari Tuhan
Tidak munasabah orang Melayu akan jadi empayar tidak ada jalan
Jika tidak nampak jalan kerana tidak ada kajian
Di sinilah yang kita sedihkan terhadap para ulama di akhir zaman
Ulama hari ini bukan kerja mereka, mereka lakukan
Yang sepatut kerja mereka, mereka abaikan
Jadi orang Islam tidak ada panduan dan ikutan
Kerana kecuaian para ulama akhir zaman
5.10.2004 – 3
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1446 reads
Post new comment