Kebaikan Dan Keburukan Dunia
Kebaikan Dan Keburukan Dunia
Kekayaan, kemewahan, kesenangan bukanlah satu kesalahan di dalam ajaran Islam
Jika ia tidak merosakkan jiwa dan cara fikiran manusia atau insan
Mungkin dari sini dengan kekayaan dan kemewahan boleh membuat baik kepada manusia
Fakir, miskin, orang yang mendapat kemalangan dapat terbela
Begitulah mengikut logik akal, memang tidak boleh disangkal
Hujah ini sedap didengar tapi payah diamalkan atau payah hendak dikotakan kecuali sedikit dari manusia
Perlu diingat sejarah telah memaparkan kekayaan, kemewahan dan kesenangan majoritinya manusia derhaka
Lebih-lebih lagi di samping kekayaan ada pula kuasa, terjadilah bermaharajalela dan membuat aniaya
Ada yang asalnya miskin, susah, setelah kaya, senang lebih-lebih lagi ada kuasa
dia derhaka
Kekayaan, kemewahan, kesenangan macam ular bisa
Memelihara ular bisa tidaklah salah
Kalau pandai boleh jadi hiburan dan boleh dapat duit
Tapi berapa ramai orang yang pandai menjaganya tidak berbahaya
Kebanyakan orang akhirnya dipatuk ular, bukan senang menjaganya
Begitulah kekayaan dan kemewahan ramai yang kecundang
Kekayaan dan kemewahan merosakkan mereka hingga derhaka
Oleh itu mari kita lihat kerosakan dari kekayaan dan kemewahan untuk mengambil ingatan
Moga-moga kalau kita kaya dan mewah, kita tidak ditipunya, dengan Tuhan tetap kita taat dan setia
Biasanya kekayaan dan kemewahan mendorong manusia derhaka
Di antaranya:
1. mudah megah dan sombong serta riyak bersamanya.
2. rasa tawakkal kepada Tuhan tercabut dari hatinya kerana apa yang dia hendak ada dan sedia ada.
3. kurang berharap kepada Tuhan kepada Tuhan kerana pada dirinya atau orang tempat sandarannya sudah sedia punya.
4. rasa kehambaan dan tawadhuk mudah hilang.
5. tidak terasa nikmat itu dari Tuhan, dia rasa dari usahanya atau dari kekayaan orang tuanya atau sandarannya.
6. apabila sudah kaya pembaziran payah dielakkan.
7. kekayaan dan kemewahan menjadikan orang manja.
8. mudah jatuh cinta dengan kekayaan dan kemewahan, mudah hilang rasa bertuhan, bahkan tidak terasa perlunya Tuhan.
9. setelah kaya dan senang terasa diri luar biasa, bergaul dengan golongan bawahan pun renggang.
10. sekiranya kekayaan dan kemewahan itu Allah Taala ambil semula dia jadi bingung, apabila hendak hidup tidak tahu hendak bersusah-susah.
11. akhirnya dia suka mencari jalan senang, suka meminta-minta, suka berhutang, suka tipu orang, suka mencuri, mungkin bunuh orang.
12. begitulah kekayan dan kemewahan, memilikinya tidak salah tapi bahayanya banyak ramai orang kalah.
Logiknya dengan kekayaan boleh membuat kebaikan tapi realitinya
ia membawa kejahatan
Kerana itulah diceritakan di dalam Neraka ramai orang-orang kaya dan yang berkuasa
Hubaya, hubayalah (berhati-hatilah) dengan harta, ia adalah ular berbisa, payah menjaganya
1.3.2004 – 2
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1473 reads
Post new comment