Kawan Setia
Kawan Setia
Tuhan! Sepanjang hayatku umurku yang telah menjangkau 70 tahun ini hanya aku dapat kenalan namun belum dapat kawan setia
Betapalah kawan satu cita-cita itu susah mendapatnya
Aku sedih mengapa terjadi begini?!
Aku pernah ada kenalan sekampung aku pernah dapat kenalan didalam persekolahan Didalam perantauan namun kawan setia belum ada
Bahkan aku pernah ada kawan seperjuangan , kawan didalam perjuangan pun masih menjadi tanda tanya
Tidak kurang aku dapat kenalan didalam masa mengajar
Banyak tempat pula , namun begitu kawan setia belum juga dijumpa
Aku tidak tahu kerana apa dan mengapa?! Dimana silapnya?
Tuhan! Aku ada cita-cita perjuangan dari kecil lagi hinggalah ketua kini
Sudah tentu kawan setia amat diperlukan didalam satu wadah atau jemaah
Memperjuangkan cita-cita perlu kawan setia , kawan setia baru hendak berjumpa
Aku pun tidak tahu kerana apa terjadi?
Tuhan! Kalau susah sangat mencari kawan setia , aku harap engkaulah kawan setiaku
Dan aku harap juga aku adalah kawan setiamu
Marilah kita berdua menjadi kawan setia sampai bila-bila
Marilah kita berkawan sepanjang masa
Engkau sudah pasti setia , cuma aku bimbang apakah aku boleh setia
Tolong aku bantu aku agar aku menjadi kawan setiamu
Itulah harapanku Tuhan , kalau engkau bukan kawan setiaku
Tidak mungkin aku boleh dapat kawan setia lebih daripadamu
Terimalah aku Tuhan kawan setiamu
Kesalahanku Engkau maafkan sahaja
Agar aku Engkau tidak putuskan sebagai kawan setiamu
Terimalah aku hambamu ini sebagai kawan setiamu
4/2/2004
menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1867 reads
Post new comment