Kasih Sayang Sangat Diperlukan
Kasih Sayang Sangat Diperlukan
Kasih sayang sangat diperlukan di samping iman
Penyubur jiwa, pengikat hati, membuahkan
perpaduan
Jika tiada, jiwa derita, fikiran kusut, badan
sengsara
Kemana sahaja pergi, serba tidak kena,
serba tidak selesa
Justru itu Islam sangat menganjurkan kasih sayang
Kerana perlunya ia satu perkara yang sangat
diwajibkan
Lahirkanlah sebabnya,
usahakanlah ke arah mewujudkannya
Ia satu perjuangan yang digalakkan,
dari situlah timbulnya perpaduan
Pemurahlah ia boleh menggembirakan jiwa
Satu sifat mahmudah yang boleh mencetuskan
kasih sayang
Bermesralah sesama manusia,
ia boleh mengikat jiwa
Berilah kemaafan tanpa diminta
dari kesalahan mereka
Kita juga perlu meminta maaf kepada manusia
Ketika kita bersalah dengan mereka
Jangan tunggu mereka meminta dari kita
Apabila kita bersalah jangan malu memohon
maaflah kepada mereka
Ziarah menziarahi sangat dianjurkan sambil
membawa buah tangan
Salah faham hilang semuanya,
kasih sayang akan berbunga
Apabila kasih sayang berbunga di jiwa
Walaupun miskin dan papa,
tiada terasa di dalam kesusahan.
Tiada kasih sayang manusia menderita
Tiada kasih sayang tiada saudara
Tiada kasih sayang tiada ukhuwah,
tiada perpaduan
Tanamkanlah kasih sayang
secara mengkota bukan berkata
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 877 reads
Post new comment