Kalau Satu Bangsa Sudah Rosak
Kalau Satu Bangsa Sudah Rosak
Kalau satu bangsa itu berpecah-belah
Sering jatuh-menjatuhkan satu sama lain
Orang kayanya tamak dan bakhil
Mementingkan diri sendiri
Masing-masing mencari untung, mencari nama
Mencari bintang gelaran
Hormat-menghormati sudah tidak wujud
Sekalipun di antara murid dengan guru
Anak-anak dengan ibu bapa
Rakyat dengan pemimpin
Perhubungan suami isteri adalah perhubungan biologi
Satu sama lain curiga-mencurigai
Pemimpin dan orang-orang kaya sombong, angkuh, ingin dipuji
Para ulama tidak dikenal lagi sebagai ulama
Rakyat jelata hidup sudah tidak boleh didisiplinkan lagi
Kejahatan dan kemungkaran berlaku terang-terangan tanpa segan silu
Muda-mudi berlalai-lalai, hidup tidak ada tujuan
Kasih sayang, timbang rasa, mengutamakan orang lain sudah hilang
Kata-mengata, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh jadi budaya
Hal-hal yang kotor dan menjijikkan dipertahankan
Semuanya itu adalah berpunca dari asasnya
Adalah daripada sistem pendidikan yang sudah rosak
Kerana dibangunkan oleh pemimpin yang berkuasa yang sudah rosak fikrah dan jiwanya
Environment dan situasi masyarakat hanya menyuburkan lagi
Oleh itu bangsa itu perlu adanya pemimpin yang baik
Agar dapat melagangkan satu sistem pendidikan yang baik
Untuk memulihkan semula kerosakan bangsa itu yang sudah kronik
Ini sudah tentu memakan masa berpuluh tahun untuk memulihkan
Begitulah kalau satu bangsa itu sudah rosak jiwa dan tingkah lakunya
Menjelang tidur
11.12.99 (3 Ramadhan)
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1479 reads
Post new comment