Jiwa Sudah Hilang
Jiwa Sudah Hilang
Di waktu manusia hidup nafsi-nafsi
Di masa manusia mementingkan diri
Ketika sifat kemanusiaan telah tercabut di dalam hati
Kerana rasa bertuhan sudah mati, rasa kehambaan punah sama sekali
Aduh seksanya hidup
Walaupun hidup di dalam masyarakat ramai terasa sepi
Inginkan kasih sayang, kasih sayang sudah hilang
Mahukan simpati, ia telah mati
Inginkan bantuan, bantuan telah gersang
Tidak ada seorang pun yang boleh dipercayai lagi
Kerana kejujuran dan amanah telah punah
Dengan siapalah hendak mengadu
Bukan sahaja pengaduan tidak dipeduli
Bahkan adakalanya dikhianati dan ditipu pula
Aduh sedihnya! Manusia sudah kehilangan jiwanya
Kerana itu timbang rasa sudah tiada
Manusia sudah kehilangan hatinya
Lantaran itulah cinta-mencintai sudah mati
Tuhan! Berapa lama lagikah Engkau biarkan kami hidup begini?!
Bila lagikah seorang penyelamat Engkau lahirkan di kalangan kami?!
Agar mengembalikan rasa bertuhan yang sudah mati
Dan mengembalikan kasih sayang yang sudah hilang
Agar manusia hidup sesama mereka bagaikan satu keluarga
Menjelang tidur
24.8.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1056 reads
Post new comment