Jiwa Manusia Mudah Tergugat
Jiwa Manusia Mudah Tergugat
Jiwa manusia sentiasa tergugat
Tergugat ertinya sentiasa tercabar dan tercalar
Sedangkan hati sangat sensitif dan perasa
Kalau tidak pandai menahan perasaannya ia sentiasa terseksa dan derita
Apabila jiwa tergugat pangkat, harta, nama, glamor tidak dapat mengubatinya
Jiwa tergugat hilang ceria, hilang bahagia
Memperjuangkan cita-cita tiba-tiba gagal sedihnya jiwa, bercakap pun malas,
menung sahaja
Orang lain berjaya aduh lagilah jiwa derita
Makan pun hilang selera dibuatnya kerana mengenangkan nasibnya
Itu baru satu perkara yang menggugat jiwa
Kalau ia datang bertimpa-timpa di dalam satu masa aduh alangkah terseksanya
Cita-cita gagal, isteri membuat kerenah pula, masa yang sama anak sakit pula,
derita di atas derita
Kalau masa yang sama juga terjadi jatuh miskin pula aduh parahnya jiwa
Jika suasana yang mencabar jiwa ini berpanjangan pula terus kecewa, sakit jiwa
ada sampai putus asa
Di waktu itu mana orang yang jiwanya rapuh bunuh diri pula
Ini semuanya boleh berlaku bagi orang yang sudah kehilangan Tuhannya
Masalah yang terjadi tidak ada tempat rujuknya
Semuanya hendak diselesaikan dengan diri sendiri sahaja
Manusia manalah ada kuasa
Kalau tidak bunuh diri pun terseksa sepanjang masa
Bagi orang yang ada Tuhan pula jiwanya kebal, ujian hidup tidak mencemaskan jiwanya
Dia rasa ujian penghapusan dosa-dosanya
Kalaupun jiwa terasa juga sakitnya, setidak-tidaknya meringankan juga penderitaannya
Kerana itulah orang bertuhan dan faham kerja-Nya Tuhan
tidak pernah sakit jiwa dan kecewa
Tuhan itulah pengubat jiwanya
Orang mukmin tenang hidupnya walaupun ujian timpa-menimpa
Sungguh indah hidup bersama Tuhan jiwa tidak pernah kecewa apatah lagi putus asa
7.9.2004 – 1
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1499 reads
Post new comment