Jauhilah Sifat Sombong
Jauhilah sifat sombong
Jauhilah sifat sombong!
Ia adalah sifat yang dimurkai Allah, dibenci oleh Rasul, dibenci oleh seluruh manusia
Sombong menghilangkan kasih sayang sesama manusia
Menyuburkan kebencian, akhirnya lahirlah permusuhan
Bila lahir permusuhan semua golongan rugi atau tidak untung
Jauhilah sifat sombong!
Sifat sombong akan merenggangkan perpaduan
Hilang perpaduan, hilanglah kesatuan bangsa atau kesatuan sesama manusia
Hindarkanlah sifat sombong!
Sifat sombong menjadikan seseorang tidak dapat kawan
Mungkin orang ramai pulaukan, apabila mendapat susah tidak ada siapa yang mahu tolong
Kalau yang sombong itu orang miskin, hilang simpati orang ramai
Maka rezeki pun bertambah sempit, kesusahan bertambah menghimpit
Oleh itu apalah untungnya sifat sombong dipertahankan di dalam kehidupan
Orang benci, berdosa pula, sempit rezeki, kawan hilang, di Akhirat Neraka
Bukalah pakaian sombong
Ia adalah sangat merugikan
Hidup akan keseorangan, simpati orang akan hilang
Kesusahan tanggunglah seorang diri
Mampukah mengharungi kehidupan yang tidak bertepi ini ditanggung seorang diri?`
31.8.2001
Menjelang Tidur – 2
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1186 reads
Post new comment