Jalan Ke Syurga Dan Jalan Ke Neraka
Jalan ke Syurga dan jalan ke Neraka
Di Akhirat Tuhan wujudkan Syurga dan Neraka
Untuk manusia yang dihidupkan lebih dahulu di dunia
Di dalam diri manusia kejadian semulajadi ada dua anasir
Ada anasir-anasir baik, ada anasir-anasir jahat
Ada benih-benih baik, ada benih-benih jahat
Untuk kebaikan ada jalan-jalannya, untuk kejahatan ada jalannya
Itulah keadilan Tuhan pada manusia
Sesiapa yang berjaya menyuburkan anasir-anasir kebaikan
Mereka akan menempuh jalan kebaikan, ke Syurgalah tempatnya
Sesiapa yang berjaya menyuburkan anasir-anasir kejahatannya… ke Neraka pula tempatnya
Manusia bolehlah pilih mana satu anasir-anasir yang hendak disuburkan
Maka ramailah manusia menyuburkan anasir-anasir kejahatan
Ramailah mereka ke Neraka
Sedikit sekali manusia yang menyuburkan anasir-anasir kebaikan
Sedikit sangat manusia yang ke Syurga
Rupanya menyuburkan anasir-anasir kejahatan lebih mudah
Kerana menyuburkan tanpa perlu kepada mujahadah
Tapi menyuburkan anasir-anasir kebaikan perlukan mujahadah
Kerana itulah manusia membuat kebaikan amat susah
6.8.2001
Menjelang tidur - 1
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 843 reads
Post new comment