Indahnya Kedatangan Imamul Mahdi
Indahnya Kedatangan Imamul Mahdi
Indah sekali kedatangan Imamul Mahdi yang ditunggu-tunggukan
Di waktu itu tapak Islam telah sedia dibangunkan oleh Pemuda Bani Tamim dan orang-orangnya
Juga wazir-wazirnya telah siap sedia dan sudah pun bertemu satu sama lainnya
Imamul Mahdi ibarat bulan purnama yang terang-benderang cahayanya
Tujuh wazir-wazirnya ibarat bintang-bintang di langit yang memagari bulan purnama
Kelebihan wazir-wazirnya yang batin adalah faktor hati mereka
Tapi kelebihan yang lahir masing-masing ada keistimewaannya
Syeikh Syamar mempunyai pengikut yang ramai di seluruh Timur Tengah dari puak Badwi
Yang akan memberi taat setia kepada Bani Tamim selepas daulah kemudian kepada Imamul Mahdi Al Muntazar
Syeikh Abdul Nasir pula seorang sekular yang faham ilmu dunia
Tahu berbahasa Peranchis dan tahu ilmu dunia
Doktor Abdul Salam Harras pula pakar ilmu syariat
Berpengalaman mengajar dan faham menyusun sistem pendidikan secara moden
Syeikh Abdul Nasir pula keistimewaannya adalah pakar ekonomi
Seorang tokoh korporat yang kaya dengan perniagaan yang akan membantu ekonomi daulah nanti
Pekerja-pekerjanya pula sangat ramai tenaga mereka bilangannya sekitar 40,000 orang
Syeikh Mahmud Affendi kelebihannya ramai para pengikutnya
Juga seorang yang agak kaya, tapi kaya harta
Kekayaannya juga boleh menyumbang untuk kebangkitan Islam di akhir zaman
Syeikh yang di Iraq kelebihannya adalah ilmu kitab
Dia boleh dikatakan orang yang sangat alim di zamannya
Dia boleh dijadikan tempat rujuk di dalam soal nas dan dalil
Pemuda Bani Tamim yang akan menjadi orang kanan Imamul Mahdi dengan takdir Tuhan banyak juga kelebihannya
Dia adalah seorang yang berjuang menegakkan daulah sebagai tapak ummah sedunia
Pengikutnya dan para simpatinya agak ramai seluruh dunia khususnya di Asia
Pengaruhnya diketahui oleh dunia
Kelebihannya yang utama yang dianugerahkan Tuhan kepadanya ialah ilmu ilham atau ilmu minda
Ilmu mindanyalah yang akan diamalkan di seluruh dunia di masa Imamul Mahdi memerintah dunia
Di samping itu kerana dia wazir yang berjuang Tuhan beri kepadanya ilmu strategi
Setengah strateginya payah hendak dikesan oleh musuh-musuhnya
Kerana itulah di dalam dia kena tahan pun perjuangannya masih berjalan
Begitulah kurniaan Tuhan yang diberi kepadanya
Di sini kita lihat wazir-wazirnya mempunyai berbagai-bagai kepakaran yang berlainan
Gabungan kepakaran itulah nanti akan membangun dunia Islam kali kedua
Begitulah ilmu yang diberi Tuhan kepada saya untuk perhatian kita semuanya
25.1.2000 = 18 Syawal 1420
Menjelang Tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1626 reads
Post new comment