Indahnya Berpoligami
Indahnya Berpoligami
Berpoligami di dalam mencintai Tuhan, mengamalkan syariat sungguh indah
Keluarga ramai yang Rasul hendak serta megah umatnya ramai
Anak-anak untung dapat ibu ramai, tempat bermanja dan bermesra
Hidup berkasih sayang, berkerjasama dan harmoni di dalam keluarga
Lebih-lebih lagi jika duduk satu rumah kerja banyak mudah selesai
Isteri yang bukan gilirannya, dapat berkhidmat dengan keluarga atau masyarakat
Kerja-kerja rumah atau perjuangan boleh diagih-agih mengikut bidang dan bakat
Kerja rumah beres, kerja perjuangan bertambah pesat
Di zaman gemilang Islam, kerana cintakan Allah poligami tradisi
Tidak ada krisis, tidak ada masalah, kecuali sedikit sangat biasalah
Suami terhibur, isteri redha kerana cintakan Allah dan meraih pahala
Cintakan Allah Taala punca isteri redha, rumahtangga bahagia
Di zaman Salafussoleh kerana cintakan Allah, tidak ada perkara yang mustahil
Cintakan Allah, kepentingan peribadi tidak wujud sama sekali
Masing-masing berebut berbuat baik sekalipun merugikan diri
Hidup mereka semata-mata untuk Allah, tidak ada kepentingan peribadi
Bukan sahaja berpoligami mereka boleh melakukannya
Yang lebih dahsyat dari itu mereka boleh membuatnya
Mereka berjuang hingga syahid perkara biasa
Isteri-isteri ditinggalkan suami, kerana berjuang hingga mati
Lepas Subuh
11/12/02
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1503 reads
Post new comment