Ilmu Wahyu Penyuluh Jalan Keakhirat
Ilmu Wahyu Penyuluh Jalan KeAkhirat
Ilmu wahyu adalah ibarat menyuluh jalan menuju ke Akhirat
Syariatnya adalah jalan atau high way ke arah sana
Tidak ada suluh, tidak ada cahaya jalan
Tidak ada cahaya jalan, sekali pun ada jalan di depan berjalan di dalam bahaya
kerana kegelapan
Jalan kenalah tempuh, kalau tidak adalah satu kesalahan
Menempuh jalan tanpa cahaya selalu sahaja melanggar peraturan jalan
Melanggar peraturan selau sahaja membuat kesalahan dan kesilapan
Bahayanya adakalanya masuk longkang, adakalanya berlaku perlanggaran,
adakalanya masuk lubang, lebih-lebih lagi bahaya kalau melanggar orang
Setiap perlanggaran adalah satu kesalahan
Setiap perlanggaran dikenakan hukuman kerana ia telah memudaharatkan
Akhlak yang mulia di dalam Islam adalah ibarat sopan santun di dalam perjalanannya
Bertolak ansur, mengutamakan orang, bertata tertib di dalam perjalanannya
Di dalam perjalanannya aman damai, harmoni, senang-menyenangkan, selamat sampai
Akidahnya ibarat adalah niat yang betul, menempuh jalan menuju ke destinasi yang diwajibkan
Setelah niat yang betul, salah pula menempuh jalan, tidak sampai ke destinasi yang menjadi tujuan
Aqidah yang salah lebih-lebih lagilah telah melakukan kesalahan
yang tidak boleh dimaafkan
Oleh itu ilmu wahyu kenalah benar-benar difaham
Agar di dalam perjalanannya ada cahaya, betul jalannya, bersopan, betul tujuannya
Itulah dia jalan Tuhan mengikut qias
Moga-moga kita selamat menempuh jalan
hingga sampai ke destinasi yang menyelamatkan
Semoga kita sentiasa di dalam hidayah dan taufiq Tuhan
26.6.2004 – 1
Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1712 reads
Post new comment