Ilmu Penyuluh Hidup
Ilmu Penyuluh Hidup
Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!
Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya
Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri
Sabarnya adalah perisai hidupnya
Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya
Tawakalnya adalah harapan masa depannya
Bacaan Al Quran adalah hiburannya dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Juga perbualannya dan bercakap dengan Tuhan Pencipta manusia
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya
Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba
Hamba adalah hina, lemah, memerlukan pertolongan Tuhannya
Sembahyang adalah pembaharuan ikrar dan membaharukan syahadah
Serta membersihkan jiwa dari mazmumah
Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah
Juga setengah daripada peranan mendirikan solat
Kalau begitu cuba gambarkan orang yang tidak bersembahyang
Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah
Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya
Bagaimana tidak menderita dan terseksa
Mampukah menanggungnya?!
Lepas ekspedisi
28.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1679 reads
Post new comment