Ilmu Adalah Kawan Setia
Ilmu Adalah Kawan Setia
Ilmu selepas iman adalah perkara pertama dan utama
dan amat berguna di dalam kehidupan
Dia adalah merupakan kawan setia di mana sahaja kita berada
Di waktu keseorangan penghibur kita
Di masa ramai penyeri majlis penghibur orang ramai
Dia sentiasa menjadi kawan penunjuk jalan di waktu kebuntuan
Sama ada jalan ke Akhirat mahupun jalan ke dunia fana ini
Kawan yang kita bawa ke mana-mana
Ia tanpa janji untuk menemani kita
Dia sudah sedia ada bersama kita di mana sahaja
Dia tidak payah ditemujanji dan diajak-ajak bersama kita
Kadang-kadang dia jadi penasihat kita ketika kebuntuan
Di waktu keseorangan bersama ilmu tidak terasa keseorangan
Seolah-olah kawan setia
sudah sedia ada bersama kita menjadi penghibur
Kita bertanyalah kepadanya,
kita terimalah nasihatnya, kita gunakan dia
Dia berada bersama dengan kita
tidak menyusahkan kita buat selama-lamanya
Ilmu itulah penghubung kita dengan orang
Sama ada kita kenal atau tidak
Kawan setia kita inilah yang menjadikan orang lain senang dengan kita
Dia penyerinya
Ilmu yang menjadi kawan kita
Itulah menjadikan kita di tengah ramai tidak terasing dan tidak canggung
Kawan setia kita itulah pula kita mendapat kawan ramai
Di mana kita pergi orang menerima dan memuliakan kita
Sungguh untuk berkawan dengan ilmu
Ke mana kita pergi tidak canggung
Dialah pembantu utama kita di dalam kehidupan
Di waktu kita bermukim
Mahupun di masa berjalan
Carilah ilmu selepas iman
Dia adalah penyelamat kita di dalam kehidupan
12.11.2002 - 3
Selepas Tarawikh
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 866 reads
Post new comment