Hilang Maruahnya
Hilang Maruahnya
Kalau seorang perempuan muda sudah rosak akhlaknya
Pakaiannya menjolok mata, gerak gerinya mempesona
Pergaulannya bebas tidak kira dengan siapa
Ramai orang suka, tapi orang tidak percaya
Ramai peminat tapi orang tidak hormat
Orang suka atas dasar nafsu
Bukan orang suka atas dasar fitrah murni
Tapi yang punya diri tidak sedar diri
Kerana itulah perempuan yang semacam ini di masa tua orang tidak peduli
Lantaran cinta atas dasar nafsu sudah tiada lagi
Terpinggirlah dia seorang diri
Orang ramai pun tidak ambil tahu, bahkan tidak peduli
Adakalanya mereka miskin papa tiada siapa yang membantu
Padahal waktu mudanya dia glamour
Namanya di bibir mulut orang tidak kira jantan atau betina
Manakala di masa tua dilupa orang
Apatah lagi selepas matinya
17.10.2002 – 3
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 835 reads
Post new comment