Hikmah Ibadah Haji
Hikmah Ibadah Haji
Pergi ke Mekah bukan sahaja beribadah
Tapi pergi belajar serta mengambil hikmah
Menanamkan semangat berkorban seperti Nabi Allah Ismail dan Saiyidina Ibrahim
Meniru kesabaran Siti Hajar, mencontohi ketaatannya kepada suaminya
Tawakkalnya Siti Hajar perlu ditiru, sifat mahmudah yang perlu
Terutama para-para isteri yang solehah
Dia di antara serikandi Islam yang patut dicontohi
Selain Siti Fatimah dan para isteri-isteri Rasul / ummahatul mukminin
Pergi ke Mekah kenangkanlah sejarah Rasulullah
Bersusah payah membangunkan Islam kepada umat
Berhadapan dengan cabaran, bergelut dengan kesusahan
Namun demikian baginda tidak menyerah kalah
Semangat itulah yang patut dibawa balik selepas haji
Agar perjuangan Islam di tanah air menyemarak lagi
Bersabarlah dan tabahlah berhadapan dengan ujian
Seperti semangat yang telah disampaikan oleh Nabi
Dari Mekah dan Madinah contohilah pengorbanan Nabi
Bangunkan Islam dengan harta dan jiwa raga
Jangan takut, jangan gentar menerima risiko
Demi keredhaan Allah agar terhindar dari Neraka
10.3.96
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1022 reads
Post new comment