Hikmah Ciptaan Tuhan
Hikmah Ciptaan Tuhan
Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai peringkat ada hikmahnya
Bahkan ada rahmatnya
Ada yang kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang biasa
Kalau setiap golongan itu faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama
Alangkah indahnya dunia
Jika Tuhan jadikan semua manusia satu golongan sahaja
Atau dua tiga golongan manusia sahaja, manusia terseksa
Kerana keperluan hidupan manusia berbagai-bagai macamnya,
makan, minum, makanan, tempat tinggal, kenderaan, pentadbiran, kepimpinan,
pengawal, perhubungan dan lain-lain lagi
Setiap bidang itu memerlukan tenaga manusia menjayakannya
Menyediakan makan minum, tempat tinggal
Munasabahlah orang miskin yang membuatnya
Pentadbir adalah orang yang sederhana kepandaiannya yang menjayakannya
Para pemimpin tentulah orang yang bijak pandai yang boleh melakukannya
Menjaga kebersihan, mengawal keselamatan, membawa kenderaan,
tidak perlu orang pandai
Kalau kita lihat di sini satu sama lain perlu-memerlukan
Kerana itulah. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai golongan
Kerana sesuai menjayakan bidang-bidang kehidupan
Cuba kita fikir kalau semua orang kaya
Siapa hendak menjadi petani dan nelayan
Kalau semua orang bijak pandai, siapa hendak menjadi buruh kasar?
Untuk kebersihan pekan dan bandar
Jika semua golongan miskin, siapa pula yang hendak membangunkan ekonomi
bangsa dan negara
Sekiranya semua golongan tidak pandai,
Siapa yang akan jadi pemimpin atau pegawai tadbir?
Apa akan jadi jika tidak ada pemimpin?
Atau tidak ada pegawai tadbir?
Atau apa akan terjadi kepada rakyat pemimpin yang tidak pandai?
Atau pegawai tadbir yang tidak ada ilmu?
Baru kita faham pentingnya ada berbagai-bagai golongan di dalam masyarakat
Setiap bidang ada orang yang menyelesaikan untuk keperluan setiap golongan
Rakyat makmur semua keperluan hidup ada, kemudahan-kemudahan sedia ada
Kalau setiap golongan perlu ada untuk menunaikan keperluan hidup di semua
Untuk kepentingan bersama di dalam kehidupan
Setiap golongan perlu-memerlukan satu sama lain,
Kalau kita faham hakikat ini semua golongan mulia, setiap kelompok ada jasa
Tapi kenapa terjadi di dalam kehidupan, yang kaya,
yang berkuasa, yang pandai sombong dan bangga,
yang miskin bodoh dihina,
Golongan bawahan hasad dengki, golongan atasan menghina,
Sedangkan setiap golongan perlu-memerlukan
Mengapa terjadi saperti yang dikatakan?
Padahal setiap golongan ada jasa kepada kelompok yang lain,
Sebabnya kerana mereka sudah kehilangan Tuhan,
Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,
Cintakan Tuhan apatah lagi sudah gersang,
Maka otomatik kasih sayang sesama insan hilang
Maka terjadilah benci-membenci satu sama lain padahal perlu-memerlukan
22.5.2004
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 904 reads
Post new comment