Hidayah Dan Taufiq Suatu Yang Mahal
Hidayah Dan Taufiq Suatu Yang Mahal
Hidayah suatu yang mahal
Taufiq lebih lagilah bertambah mahal
Mahalnya tidak boleh bertukar ganti
Sekalipun dengan mata benda yang paling mahal
Intan berlian yang diidam-idamkan oleh manusia
Hidayah dan taufiq harta yang paling berharga dunia dan akhirat
Intan berlian harta yang berharga didunia sahaja
Kiamat dunia hanyutlah dia tidak sampai kesana
Hidayah dan taufiq hingga ke akhirat kekal abadi
Tiada hidayah ,tiada taufiq hidup tiada erti
Atau hidup sia-sia tiada gunanya
Sekalipun kita menjadi orang yang paling kayaatau paling berkuasa
Hidup didunia miskin papa pun tiada gunanya
Sekalipun kita menjadi orang yang paling kayaatau paling berkuasa
Hidup didunia panjang umur pun tiada gunanya
Justeru itulah Islam memrintahkan
Di dalam doa pintalah hidayah serta taufiqNya
Apabila keduanya dapat dipinta dan menjadi milik kita ,wah mulianya
Hidup didunia miskin papa pun tida mengapa
Kekayaaan akhirat sedang menunggu kita didalam syurga
Panjatkanlah doa ,mintalah hidayah dan taufiq
Semoga kitamandapat rahmat Allah sepanjang masa di dua Negara
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 844 reads
Post new comment