Hatiku Terlalu Rusuh
Hatiku Terlalu Rusuh
Tuhan! Hatiku terlalu rusuh
Selalu sahaja hatiku merintih
Melihatkan kejadian setiap hari menyayat hati
Ramai sudah orang yang hidup tidak ada panduan
Tidak fikir halal dan haram, tidak ada yang menunjuk jalan
Ada orang yang bercakap Islam hanya hobi, bukan dari hati
Bercakap sekadar untuk hidup, bukan untuk mati
Di sana-sini ramai yang melarat
Hidup miskin, makan minum dan tempat tinggal tidak terurus
Tidak ada yang simpati, tidak ada yang ambil peduli
Di celah-celah itu hidup pula di dalam ketakutan
Kerana jenayah sering berlaku di mana-mana merata negara
Jenayah politik, jenayah sosial, jenayah fizikal
Aduh dengan siapalah hendak mengadu
Tempat mengadu pun sudah tidak boleh dipercayai lagi
Setiap hati sudah merintih
Merasakan hidup sudah tidak selamat lagi
Kegelisahan di mana-mana, resah yang tidak berkesudahan
Begitulah dunia-Mu di waktu kini
Manusia hidup sentiasa di dalam kebimbangan
Bilakah lagi pembela Engkau akan datangkan
Menyelamatkan manusia yang di dalam ketakutan
Janganlah Engkau biarkan mereka berlama-lama tidak ada pembela
Cucurilah rahmat ke atas mereka
Dengan tibanya seorang pembela yang ada kuasa
4.8.2001
Menjelang Tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 882 reads
Post new comment