Hati Yang Lalai Dengan Tuhan
Hati Yang Lalai Dengan Tuhan
Hati yang lalai dengan Tuhan penuh dengan mazmumah
Hati yang tidak rasa bertuhan, rasa kehambaannya punah
Bila hati lalai, rasa bertuhan tiada, jiwa pun mati atau buta
Hati yang mati atau buta laksana batu yang keras
Batu yang keras, air pun tidak ditampungnya
Sebarang apa pun ditanam di atasnya tidak akan mahu tumbuh
Begitulah hati apabila sudah keras macam batu
Sebarang pengajaran tidak akan boleh diterimanya
Jika dinasihat sakit hatinya
Sebut nama Tuhan tidak terasa apa-apa
Diingatkan dosa dan pahala, acuh tak acuh sahaja mendengarnya
Sebut sahaja Syurga, Neraka, malu mendengarnya
Adakalanya mencemik mulutnya
Pejuang-pejuang Islam sangat dibencinya
Bahkan dimusuhi dan diperanginya
Manusia-manusia yang hatinya sudah keras inilah yang menjadi bencana kepada dunia
Yang melahirkan penzalim dan penindas
Yang membuat maksiat dan onar
Yang meruntuhkan peri kemanusiaan
Yang merosakkan maruah manusia
Huru-hara dunia dibuatnya
Dahsyatnya sekali hati apabila telah keras menjadi batu
28.8.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 969 reads
Post new comment