Hati Telah Gersang
Hati Telah Gersang
Hati telah gersang macam bumi di musim kemarau
Pokok-pokok mahmudah tidak tumbuh seperti semalam
Benih-benih mahmudah telah dirosak oleh kuman dan serangga-serangga pokok
Dia tidak menumbuhkan lagi pokok-pokok Islam yang rendang, menjulang
Hujan iman pun sudah agak lama tidak turun menyuburkan
Justeru itu hasil negara yang bersifat rohaniah dan maknawiyah sangat kurang
Pakaian rakyat yang bersifat rohaniah dan maknawiyah sangat membimbangkan
Dari sehari ke sehari bertambah kurang
Sudah ramai di kalangan rakyat, makanan rohaniahnya tidak kenyang
Jasad rohaniah telah kurus kering
Makanannya terpaksa berceking, lantaran kekurangan
Bilakah kemakmuran rohaniah subur semula seperti semalam
Jika tidak jiwa-jiwa akan mati
Di waktu itu malang sekali
Buah-buah mazmumah dan buah-buah kekufuran akan memenuhi bumi
Menjadi racun di dalam kehidupan yang amat merbahaya sekali
Gejala-gejala masyarakat akan tumbuh subur merata bumi
Macam cendawan tumbuh di musim hujan
Selepas Asar
10.5.97
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 890 reads
Post new comment