Harapanku Padamu Tuhan
Harapanku PadaMu Tuhan
Harapanku padaMu Tuhan
Dengan nikmatMu jadikan aku orang yang
bersyukur
Dengan balaMu jadikan aku orang yang
bersabar
Dengan ketentuanMu jadikan aku orang yang redha
Dengan masa depanku jadikan aku orang yang
bertawakal
Tuhan Engkau cinta agung
Masukkanlah ke dalam hatiku rasa mencintaiMu
peliharalah hatiku daripada segala sifat
yang keji
Ampunkanlah dosa-dosaku di hari segala
kesalahan didedahkan
dan Engkau hapuskanlah segala kesalahanku
di hari pembalasan
Orang yang macamku ini tidak mungkin
terlepas daripada dosa
Kesalahan dan kesilapan selalu sahaja tidak dapat dielakkan
lebih-lebih lagi dosa bertaburan di merata bumiMu
Kemana pergi pun tidak terlepas daripada
terjebak dengannya
Aduh, kotornya jasadku ini Tuhan
Dengan najis dosa-dosa
Aku tidak mahu tapi dia sentiasa memburuku
Bantulah aku lari dari dosa-dosa yang memburu
Atau ampunkan saja dosaku Tuhan
Dengan rahmatMu
Alangkah indahnya Tuhan
Jika cintaku adalah padaMu
segala mazmumah hatiku dapat dihapuskan
Penyerahan diriku tiada lain melainkan padaMu
Segala dosa-dosaku dengan rahmatMu
Engkau ampunkan
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 990 reads
Post new comment