Harapanku Pada Mu Tuhan
Harapanku Pada-Mu Tuhan
Harapanku pada-Mu Tuhan
Dengan nikmat-Mu jadikan aku orang yang bersukur
Dengan bala-Mu jadikan aku orang yang bersabar
Dengan ketentuan-Mu jadikan aku orang yang redha
Dengan masa depanku jadikan aku orang yang bertawakal
Tuhan, Engkau cinta agung
Masukkanlah ke dalam hatiku rasa mencintai-Mu
Peliharalah hatiku daripada segala sifat yang keji
Ampunlah dosa-dosaku di hari segala kesalahan didedahkan
Dan Engkau hapuskanlah segala kesalahanku di Hari Pembalasan
Orang yang macamku ini tidak mungkin terlepas daripada dosa
Kesalahan dan kesilapan selalu sahaja tidak dapat dielakkan
Lebih-lebih lagi dosa bertaburan di merata-rata bumi-Mu
Ke mana pergi pun tidak terlepas daripada terjebak dengannya
Aduh, kotornya jasadku ini Tuhan dengan najis dosa-dosa
Aku tidak mahu tapi dia sentiasa memburuku
Bantulah aku lari dari dosa-dosaku Tuhan, dengan rahmat-Mu
Alangkah indahnya Tuhan, jika cintaku adalah pada-Mu
Segala mazmumah hatiku dapat dihapuskan
Penyerahan diriku tiada lain melainkan pada-Mu
Segala dosa-dosaku dengan rahmat-Mu Kau ampunkan
6.4.97
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1008 reads
Post new comment