Engkau Rosakkan Aqidah Rakyat
Engkau Rosakkan Aqidah Rakyat
Engkau telah rosakkan aqidah rakyat
Di kalangan mereka sudah banyak yang sesat
Sehingga rakyat sudah ada yang manusia berupa syaitan dan haiwan
Sifat malu mereka telah terkorban
Engkau telah jadikan syariat sebagai kain buruk
Engkau campakkan kerana sudah tidak ada harganya lagi
Negara membangun, maju dan indah
Tapi kemanusiaan telah engkau punahkan, insaniah telah engkau hilangkan
Engkau didik rakyat: dunia jadi agama, agama jadi dunia
Engkau lalaikan rakyat hingga mereka lupa Tuhannya dan Akhirat
Apakah perbuatan engkau ini boleh didiamkan?
Apakah usahamu ini boleh dimaafkan?
Tidak! Sekali-kali tidak
Saya tidak akan bertindak macam orang yang telah kecewa
Saya tidak bertindak membabi buta
Tapi ingat! Saya sedang berdoa dengan Tuhan
Perbuatan engkau sedang kuadukan kepada Allah Taala yang Maha Menghukum
Aku merintih dan mengadu kepada Tuhanku
Agar jangan membiarkan perbuatan engkau yang sudah terlalu
Sudah ada tanda-tanda doaku kabul
Telah mula dapat dilihat bahawa doaku diterima
Kalau engkau tidak sedar dan insaf juga
Insya-Allah! Engkau akan nahas dan terhina
Selepas Zuhur
1.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 801 reads
Post new comment