Engkau Pejuang Perpaduan Atau Pejuang Perpecahan
Engkau pejuang perpaduan atau pejuang perpecahan
Aku lihat engkau selalu melaungkan perpaduan kaum dan bangsa!
Aku dengar engkau selalu sahaja mengingatkan orang jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat sikap engkau seolah-olah engkau tidak tahu erti perpaduan
dan tidak faham erti perpecahan
Engkau ajak orang berpadu gelagat engkau membawa perpecahan
Engkau selalu sahaja berslogan persatuan, cakap-cakap engkau merenggangkan orang
Engkau tidak fahamkah apa yang engkau cakapkan?!
Seruan engkau aku lihat double standard!
Siapa sebenarnya engkau ini?!
Pejuang perpaduankah, pejuang perpecahan?
Engkau berlakonkah di pentas kehidupan, macam orang berlakon di dalam drama
Apakah engkau berlakon atau itu realiti kehidupan engkau?
Rakyat melihat, orang ramai menilai
Nanti orang ramai kenal siapa sebenarnya engkau
Engkau pelakon? Engkau pejuang? Engkau petualang?
Berhentilah berslogan, sebelum orang kenal
Jika orang kenal, nahas engkau,
engkau akan dipinggirkan orang atau disingkirkan orang
26.5.2003 – 4
Selepas Isyak
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 884 reads
Post new comment