Engkau Masih Sudi Menjemput Aku
Engkau Masih Sudi Menjemput Aku
Tuhan! Jika aku masih boleh sujud kepada-Mu
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi membenarkan aku membesarkan-Mu
Cuma aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab dengan-Mu
Di dalam tidak pandai beradab pun
Engkau masih sudi menjemput aku
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu
Hanya aku sahaja tidak pandai menerima rahmat-Mu itu
Tuhan! Ajarkanlah aku lagi bagaimana beradab dengan-Mu
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu
Aku takut setiap kali aku menyembah-Mu
Aku derhaka dengan-Mu tanpa disedari
Tuhan! Ampunkanlah aku,
kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu
Maafkanlah aku jika aku tidak pandai beradab dengan-Mu
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah lagi hina ini
Selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu
Kerana itu janganlah sampai
Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu
Teruslah Engkau panggil aku mengadap-Mu
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu
Pimpinlah aku lagi agar aku pandai membesarkan-Mu
22.11.2002 – 1
Waktu Dhuha
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 753 reads
Post new comment