Engkau Biarkan Batinmu
Engkau Biarkan Batinmu
Engkau jaga sangat diri lahirmu
Sama ada cantik atau buruk, cacat atau tidak
Engkau hias selalu, engkau jaga kesihatan
Setengah orang kerana terlalu memikirkan diri yang lahir
Untuk kecantikannya, dia membuat pembedahan surgery
Membetulkan hidung yang peset menjadi mancung
Pipi yang berkedut menjadi licin
Buah dada yang lembik menjadi tegang
Engkau sanggup bayar kerananya berjuta-juta ringgit
Padahal diri engkau yang hakiki yang kekal abadi, engkau sia-siakan
Engkau tidak ambil peduli pun
Berbagai-bagai penyakit kronik yang telah menimpa jasad batinmu
Tidak pernah pun engkau hendak mengubatnya
Padahal hakikat diri engkau yang engkau tidak ambil kisah itu
Telah merosakkan dirimu sendiri
Bahkan telah merosakkan kehidupan orang lain
Jasad batin engkau telah menghuru-harakan orang
Dunia telah menjadi haru-biru
Disebabkan diri yang kekal abadi itu
Tapi masih engkau tidak ambil pusing lagi
Engkau masih memikirkan benda-benda luaran sahaja
Jasad batin engkau biar ditimpa berbagai-bagai penyakit
Padahal engkau telah menerima risikonya
Bahkan engkau telah melihat bagaimana ia telah merosakkan orang lain
Hal ini segala-galanya berlaku kerana engkau tidak kenal Tuhan
Dan tidak rasa bertuhan
Menjelang Maghrib
5.11.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 783 reads
Post new comment