Ego
Ego
Bila sifat ego tidak dapat dikawalnya
Akan bercambahlah buah-buah mazmumah yang lain
Jika dibiarkan semakin subur
Lahirlah sifat marah
Mudah emosional bila canggah
Berbuahlah sifat dengki
Tidak senang kelebihan orang lain
Mulut pun mengumpat, mengeji, mencaci
Dendampun membara macam api
Menunggu peluang untuk memusnahkan orang lain
Banyak orang tersinggung
Benci membencipun melanda
Di dalam kehidupan bermasyarakat
Dendam mendendam pun lumrah terjadi
Ukhuwah hancur berkecai
Punah sama sekali
Keharmonian masyarakat tergugat
Hiduplah masyarakat di dalam kegelisahan
Ketenangan masyarakat musnah dan punah
Penindasan dan penzaliman berleluasa
Hilanglah erti kehidupan
Terasa keseorangan di dalam ramai
Fizikal bermasyarakat kerana keperluan
Hati tersisih, pedih dan terasa keseorangan
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1352 reads
Post new comment