Ciri Ciri Jemaah Pejuang Kebenaran
Ciri-Ciri Jemaah Pejuang Kebenaran
Ciri-ciri jemaah pejuang kebenaran itu ia ada mempunyai ciri yang tersendiri
Yang tiada berlaku pada jemaah yang palsu
Zaman rasul ada mukjizat, ada khawariqul ‘adah, ada maunah
Tidak kurang mimpi yang benar, firasat dan kasyaf serta berita-berita ghaib
Zaman tidak ada Rasul ada karomah, ada khawariqul ‘adah dan maunah
Juga mimpi yang benar, firasat dan kasyaf, berita ghaib juga ada
Di sinilah uniknya jemaah perjuangan kebenaran itu, apatah lagi yang dijanjikan
Ini tidak akan berlaku kepada jemaah yang palsu
Bagi orang yang hendak mencari kebenaran, ciri-ciri ini boleh jadi pedoman
Ia adalah kayu pengukur di antara kebenaran dan kebatilan
Jemaah kebenaran segala-galanya Allah menjamin bantuan-Nya
Sekalipun ujian-ujiannya pasti ada
Kerana ia adalah parti Allah atau Hizbullah
Parti Allah dijamin kemenangannya
Kita yakin di awal kurun ini parti Allah pasti ada
Kerana Rasulullah telah bercerita melalui sabdanya
Kita yakin Hizbullah itu Jemaah Muhammadiah
Marilah kita berjuang bersama-samanya
Bulatkan tekad, jangan syak dan ragu
Anggota-anggotanya dipanggil ikhwan
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW iri hati mendengarnya
Berbahagialah orang-orang yang bersama di dalam kapalnya
Ia akan membawa kita ke Syurga
6.2.1999
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1173 reads
Post new comment