Bersatu Adalah Ikatan Jiwa
Bersatu Adalah Ikatan Jiwa
Bagaimanalah bangsa boleh bersatu
Masing-masing puak ada haluan tersendiri
Walaupun setiap golongan mengajak umat bersatu
Tapi perjuangan masing-masing ada agenda tersendiri
Orang politik ada matlamat yang dituju
Persatuan buruh memperjuangkan agendanya pula
Artis-artis memikirkan nasib mereka pula
Guru-guru pula memikirkan kenaikan gaji dan kehidupan mereka
Ulama juga tidak bersatu mereka ada yang punya
Sasterawan memikir bahasa sahaja
Petani-petani berjuang caranya pula
Nelayan-nelayan pula, memikirkan nasib mereka yang tidak terbela
Begitulah setiap puak memikirkan diri mereka sahaja
Tapi mereka di dalam masa yang sama ajak bangsa bersatu padu
Yang di mulut lain tindakan lain
Bagaimanalah bangsa boleh bersatu secara realiti
Bersatu adalah ikatan jiwa
Fikiran selaras, Tuhan sama-sama dicintai
Jiwa yang sama-sama cintakan Tuhan
Perpaduan akan terjadi dengan sendiri
Menjelang Tidur
26/12/02 (3)
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1523 reads
Post new comment