Bantuan Tuhan Kepada Pejuang Kebenaran
Bantuan Tuhan Kepada Pejuang Kebenaran
Musuh kebenaran dengan kuasa yang ada memusnahkan perjuangan kebenaran,
dia rasa menang
Mereka lupa di sebalik kuasanya ada kuasa Tuhan yang berkuasa di atas kuasa mereka
Dengan penghinaan yang dilakukan, menzalimi yang dihalalkan, dengan sekatan-sekatan mengikut kuasa yang ada di tangan mereka rasa musuhnya habis,
macam kapal tenggelam di dalam lautan
Mereka rehat malam, relax, tenang hati rasa kejayaan
Tiba-tiba perjuangan kebenaran muncul semula dengan mendadak
macam air bah yang melanda sekatan
Tuhan tunjukkan kekuasaan-Nya bahawa kuasa Tuhan mengatasi kekuasaan insan
Orang yang berkuasa terpinga-pinga, tercengang-cengang, panik tidak tahu macam mana hendak buat sekatan
Kalau di peringkat awalnya dahulu sikap mereka membentak-bentak marah-marah, mengugut-ugut memalukan
Hingga hilang pertimbangan, hilang akhlak, hilang peri kemanusiaan,
musuhnya dibuat macam haiwan
Apabila perjuangan kebenaran muncul membawa imej yang baru,
strategi yang baru, stail yang baru
Hati sakit, tapi undang-undang tidak boleh digunakan
Kalau digunakan undang-undang rakyat akan persoalkan
Lemahnya kuasa insan undang-undang sendiri makan tuan
Asalnya undang-undang hendak tangkap lawan, sekarang undang-undang sendiri menyekat diri sendiri
Maka teknik baru pun dibuat, dengan diplomasi, pujuk rayu dengan lawan
Sepatutnya mereka berfikir semula kalau perjuangan yang bukan kebenaran cara pertama pun sudah memusnah lawan
Padahal musuhnya tidak pun ada kuasa, namun perjuangannya berjalan
Sepatutnya mereka insaf bahawa ini adalah kuasa Tuhan
Sengaja Tuhan biarkan perjuangan ini dihancurkan oleh musuh-musuhnya
kemudian Tuhan hidupkan
Semoga penentang kebenaran kembali kepada Tuhan
Begitulah Tuhan backing perjuangan kebenaran, kemenangan kebenaran
di hujung perjuangan
Kemenangan kebatilan di awal perjuangan, bacalah sejarah Al Quran di antara kebatilan dan kebenaran
20.2.2004 – 2
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 947 reads
Post new comment