Bangsa Melayu
Bangsa Melayu
Wahai bangsa Melayu bangsaku, buat hari ini kalau orang Melayu faham
bukan orang Melayu hendak memperjuangkan Melayu
Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa
dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu
Perjuangan ini telah kita lalui
Terutama sejak merdeka semangat Melayulah yang kita laungkan selalu
Hasilnya telah kita tahu
Begitu lama perjuangan kita atas nama Melayu semakin layu
Ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini
Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati
Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali setengah individu Melayu
Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
Iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri
Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji
Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri
Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela
Orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli
Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi
Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini kita terpaksa akui
Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati
Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati
Tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan
Orang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu
Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai
Budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak
Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak
Sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak
Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai
Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai
Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai.
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga
orang Melayu nombor one
Setelah kita paparkan gejala yang tidak sihat di kalangan orang Melayu
bolehkah kita tolak?
Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya
Ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya bukan!
Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu
Seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar
mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
Tapi memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela
Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela
Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?!
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam
Mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?
Kalau orang Melayu memperjuangkan Tuhan dan Islam
orang Melayu dengan sendiri terbela
Bahkan sekali lagi saya perkatakan buat orang Melayu di akhir zaman ada janji Tuhan
Janji Tuhan itu ialah orang Melayu akan jadi empayar dunia melalui Islam
Inikan khabar gembira buat orang Melayu dari Tuhan
Formulanya perjuangkan Tuhan dan Islam cara hidup, Melayu akan terbela
Seperti bangsa Arab, Kurdi dan Turki mereka mulia kerana Tuhan dan Islam
Akhirnya bangsa mereka terbela
2.10.2004 – 1
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1172 reads
Post new comment