Assalamualaikum Pak Habib
Assalamualaikum Pak Habib
Assalamualaikum Pak Habib
Masih ingat lagi Pak Habib padaku
Terima kasih hadiahkan buku terbarumu buatku
Allah masih memberi kekuatan padamu Pak Habib
Boleh menulis buku lagi
Bahkan lebih bertenaga
Isi buku jelas, padat, terus terang dan berani
Di waktu keberanian telah mati
Datang Pak Habib menghidupkannya
Moga-moga sunnah ini diikut orang
Sudah sampai masanya ia datang
Ia sangat diperlukan
Moga-moga ia satu jihad buatmu
Aku doakan Pak Habib panjang umur
Boleh buat buku lagi
Hendak menunggu ulama menulis entah bila
Jangan tunggu mereka, teruslah menulis Pak Habib
Insya-Allah Dia akan menolongmu
Aku rindu padamu Pak Habib
Tapi apakan daya kaki masih dirantai
Buat masa ini tak mungkin aku ke rumahmu
Maafkan aku Pak Habib
Pak Habib sahabatku
Biarlah kita berjauhan badan tapi dekat di hati
Prinsip dan matlamat perjuangan kita sama
Cita-cita kita sama menuju ke arah yang satu
Iaitu cinta agung Allah yang Maha Esa
Moga-moga Allah terima kita bersama
Ya Allah ampunkanlah dosaku dan sahabatku
Berikanlah kami dapat meneruskan perjuangan ini
Maafkan aku Pak Habib
Jika didapati sajakku ini serba kekurangan
Sebagai pengganti
17.3.98
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1739 reads
Post new comment