Apakah Jalan Cari Makan Sudah Sempit
Apakah Jalan Cari Makan Sudah Sempit
Janganlah cari rezeki dengan gelak ketawa terbahak-bahak
Ribuan manusia ikut terbahak-bahak mati jiwa mereka
Tidakkah engkau takut dengan Allah yang murka dengan engkau
Sudahlah engkau berdosa, engkau ajak orang lain membuat dosa pula
Janganlah mencari makan dengan berkelakar macam tidak siuman
Melalaikan orang ramai, mematikan jiwa mereka
Banyak jalan yang halal untuk cari makan
Untungnya tidak sampai ke mana, dengan Allah derhaka
Janganlah jual suara dan dedahkan aurat kerana hendak hidup
Diri kita sudah rosak, merosakkan pula orang ramai
Apakah jalan cari makan sudah sempit
Hingga terpaksa jual maruah, harga diri kita
Takutilah Allah Taala, kita akan menemuiNya
Apakah amalan yang tersebut hendak dipersembahkan kepadaNya
Apakah hidup secara ini menyelamatkan kita
Kembalilah ke pangkal jalan, pintu taubat masih terbuka
Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka
Tunjukkanlah mereka jalan yang sebenarnya
Kasihanilah mereka ya Allah, selamatkanlah mereka
Janganlah biarkan mereka derhaka denganMu sepanjang hayatnya
Lepas Zohor
26/12/02
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 985 reads
Post new comment